Kelas Kesedaran Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan
11 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2026, seorang peserta telah menonton video Kelas Kesedaran Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan di dalam LMS E-sukan. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mengurus konflik secara berkesan dalam sesebuah pasukan, khususnya dalam konteks e-sukan yang sering berhadapan dengan tekanan dan cabaran semasa pertandingan.
Dalam persekitaran e-sukan, konflik merupakan perkara biasa yang boleh berlaku akibat perbezaan pendapat, tekanan permainan, serta komunikasi yang kurang jelas. Jika tidak dikawal dengan baik, konflik ini boleh menjejaskan prestasi dan keharmonian pasukan. Oleh itu, peserta turut didedahkan kepada kemahiran mengurus konflik secara profesional agar setiap isu dapat ditangani dengan matang, seterusnya memastikan kerjasama pasukan kekal kukuh dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: